Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

selamat melayari laman ini semoga mendapat manfaat daripadanya...mulakan pelayaran anda dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim...

Sunday, December 20, 2009

الدرس الأول : هيا نتعلم اللغة العربية

Kita belajar نَتَعَلَّمُ
Dengarkanlah ! اسْتَمِعْ !
Sebutkanlah ! انْطُقْ !
Lakonkanlah ! مَثِّلْ !
Dia memasuki يَدْخُلُ
dia berdiri يَقُومُ
Kita mulakan ! نَبْدَأْ
Laksanakanlah ! أجْرِ !
Tuliskanlah ! اكْتُبْ !
Kita mendengar نَسْتَمِعُ
Saya menasihatkan أنْصَحُ
Datang يَحْضُرُ
Rajin يَجْتَهِدُ
mentaati يُطِيعُ
Saya doakan أدْعُو
Dia pergi يَذْهَبُ
Dia duduk يَجْلِسُ
Dia membaca يَقْرَأُ
Dia mengetuai يَؤُمُّ
Dia telah bertanya سَألَ
Belajar تَعَلَّمَ يَتَعَلَّمُ
Mendengar اسْتَمَعَ يَسْتَمِعُ
Bertutur أنْطَقَ يَنْطِقُ
Melakunkan مَثَّلَ يُمَثِّلُ
Masuk دَخَلَ يَدْخُلُ
Bangun قَامَ يَقُومُ
Bermula بَدَأ يَبْدَأ
Melaksanakan أجْرَى يُجْرِي
Menulis كَتَبَ يَكْتُبُ
Mendengar اسْتَمَعَ يَسْتَمِعُ
Menasihati نَصَحَ يَنْصَحُ
Dating حَضَرَ يَحْضُرُ
Bersungguh2 اجْتَهَدَ يَجْتَهِدُ
Mentaati أطاَعَ يُطِيعُ
Berdoa , mengajak دَعَى يَدْعُو
Pergi ذَهَبَ يَذْهَبُ
Duduk جَلَسَ يَجْلِسُ
Membaca قَرَأ يَقْرَأ
Mengimamkan أمَّ يَؤُمُّ
Bertanya سَألَ يَسْأَلُ
Pelajaran pertama الدَّرْسُ الأَوَّلُ
Bahasa Arab اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ
Membaca الْقِرَاءَةُ
Intensif الْمُكَثَّفَةُ
Guru ( L ) الْمُدَرِّسُ
Kelas / bilik darjah الْفَصْلُ
Para pelajar الطُّلاَّبُ
Sejahtera ke atas kamu السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Dan rahmat Allah وَرَحْمَةُ الله
Dan keberkatanNya وَبَرَكَاتُه
Selamat pagi صَبَاحَ الْخَيْرِ
Selamat pagi صَبَاحَ النُّورِ
Apa khabar kamu semua كَيْفَ حَالُكُمْ
Segala puji bagi Allah الْحَمْدُ لله
Saya dalam keadaan baik أناَ بِخَيْرٍ
Saya Ustaz Mahmood أنا الأسْتَاذُ مَحْمُود
Guru bahasa arab مُدَرِّسُ اللُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ
Adakan kamu ada … هَلْ مَعَكُمْ
Buku Bahasa arab كِتَابُ اللُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ
Ya , ustaz نَعَمْ ، يَا أسْتَاذُ
Mari kita mulakan pembelajaran kita هَيَّا نَبْدَأْ دَرْسَنَا
Menuntut ilmu طَلَبُ الْعِلْمِ
Satu kewajipan فَرِيضَةٌ
Ke atas setiap orang Islam عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Semoga berjumpa lagi وَإِلَى اللِّقَاءِ
Dengan izin Allah إنْ شَاءَ الله
( be careful ) وَمَعَ السَّلاَمَةِ
Selamat dating أهْلاً وَسَهْلاً
Dan kamu amat di alu2kan وَمَرْحَباً بِكُمْ
Benar atau salah صَحِيحٌ أمْ خَطَأٌ
Selamat petang مَسَاءَ الْخَيْرِ
Semoga kamu berada di dalam jagaan Allah فِي أمَانِ الله
Adakah ini kerusi ? هَلْ هَذَا كُرْسِيٌّ ؟
Ya , ini kerusi نَعَمْ ، هَذَا كُرْسِيٌّ
Ini papan hitam هَذِهِ سَبُّورَةٌ
Ini meja هَذَا مَكْتَبٌ
Ini pen هَذَا قَلَمٌ
Ini buku tulis ( buku latihan ) هَذِهِ كُرَّاسَةٌ
Ini beg هَذِهِ حَقِيبَةٌ
Marilah kita belajar
Bahasa Arab هَيَّا نَتَعَلَّمْ الله العربية
Ini pengasah pensel هذه مِبْرَاةٌ
Ini pemadam هذه مِمْحَاةٌ
Ini pembaris هذه مِسْطَرَةٌ
Ini kertas هذه وَرَقَةٌ
Ini stapler هذه دَبَّاسَةٌ
Ini kapur tulis هذه طَبْشُورَةٌ
Nama saya Hasan اسْمِي حَسَنٌ
Siapa nama kamu ? مَا اسْمُكَ ؟
Dan siapa nama kamu wahai saudariku ? مَا اسْمُكِ يَا أخْتِي ؟
pengetua مُدِيرٌ
pelajar طَالِبٌ
peniaga تَاجِرٌ
pensel قَلَمُ رَصَاصٍ
Meja مَكْتَبٌ
pisang مَوْزٌ
kereta سَيَّارَةٌ
Kipas مِرْوَحَةٌ
White board لَوْحَةٌ
sekolah مَدْرَسَةٌ
Kapal terbang طَائِرَةٌ
Fail مِلَفٌّ
Gam صَمْغٌ
Pokok شَجَرَةٌ
Nasihat pengetua نَصِيحَةُ الْمُدِيرِ
Di dalam ucapan pagi فِي كَلِمَةِ الصَّباَحِ
Anak2ku para pelajar ( L ) أبْنَائِي الطُّلاَّبُ
Anak2ku para pelajar ( P ) وَبَنَاتِي الطَّالِبَاتُ
Saya pengetua sekolah أناَ مُدِيرُ الْمَدْرَسَةِ
Kita berada di awal penggal نَحْنُ فِي أوَّلِ الْفَصْلِ
Penggal persekolahan الْفَصْلُ الدِّرَاسِي
Setiap pelajar كُلَّ طَالِبٍ
Setiap hari كُلَّ يَوْمٍ
Di dalam pembelajaran فِي الدِّرَاسَةِ
Kerja rumah الْوَاجِبُ الْمَنْزِلِي
Kata-kata guru كَلاَمُ الْمُدَرِّسِ
Undang2 sekolah نِظَامُ الْمَدْرَسَةِ
Dan akhirnya … وَأَخِيرًا ،
( good luck ) أدْعُو لَكُمْ بِالتَّوْفِيقِ
Kamus الْمُعْجَمُ
Dialog الْحِوَارُ
Adakah kamu seorang pelajar هَلْ أنْتَ طَالِبٌ
Di sekolah ini ? فِي هَذِهِ الْمَدْرَسَةِ ؟
( nice to meet you )
selamat datang أهْلاً بِكَ
Selamat datang , wahai Afifah أهلاً بِكِ ، يَا عَفِيفَةُ
{ perkataan dan jenis2nya ] الْكَلِمَةُ وَأقْسَامُهَا
Seorang pelajar ( P ) di perpustakaan الطَّالِبَةُ فِي الْمَكْتَبَةِ
Sebuah buku di dalam beg الْكِتَابُ فِي الْحَقِيبَةِ
Papan hitam di dinding السَّبُّورَةُ عَلَى الْجِدَارِ
Papan hitam itu besar السَّبُّورَةُ كَبِيرَةٌ
Kelas itu bersih الْفَصْلُ نَظِيفٌ
Peta الْخَرِيطَةُ
Pekerja ( L ) itu di padang الْعَامِلُ فِي الْفِنَاءِ
Pelajar ( L ) التِّلْمِيذُ
Angka sebelum … ialah الْعَدَدُ قَبْلَ ... هُوَ
Angka selepas … ialah الْعَدَدُ بَعْدَ ... هُوَ
Hati sebelum hari Isnin الْيَوْمُ بَعْدَ يَوْمُ الإثْنَيْنِ
Nombor yang sesuai الرَّقَمُ الْمُنَاسِبُ
Cita2 dan kerja أمَلٌ وَعَمَلٌ
Jarum dan pengajaran إبْرَةٌ وَعِبْرَةٌ
Keluarga dan kesusahan أسْرَةٌ وَعُسْرَةٌ
Selasa dan rabu الثُّلاَثاَءُ وَالأَرْبِعَاءُ
Khamis dan jumaat الْخَمِيسُ وَالْجُمُعَةُ
Sabtu dan ahad السَّبْتُ وَالأَحَدُ
Nombor dengan ejaan الأرْقَامُ بِالْكَلِمَةِ
1 وَاحِدٌ
2 dan 3 إثْنَانِ و ثَلاَثَةٌ
4 dan 5 أرْبَعَةٌ و خَمْسَةٌ
6 dan 7 سِتَّةٌ و سَبْعَةٌ
8 dan 9 ثَمَانِيَةٌ و تِسْعَةٌ
10 عَشَرَةٌ
11 أحَدَ عَشَرَ
12 إثْنَا عَشَرَ
13 ثَلاَثَةَ عَشَرَ
20 dan 30 عِشْرُونَ و ثَلاَثُونَ
40 dan 50 أرْبَعُونَ وَ خَمْسُونَ
60 dan 70 سِتُّونَ وَ سَبْعُونَ
80 dan 90 ثَمَانُونَ وَ تِسْعُونَ
100 dan 1000 مِائَةٌ و ألْفٌ
Pintu dan baju بَابٌ وَ ثَوْبٌ
Membaca Kunci Pengetahuan الْقِرَاءَةُ مِفْتَاحُ الْعِلْمِ

Hakikat Akhlak

www.iluvislam.com
oleh: batupahat87
editor: deynarashid

"Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya."

Manusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara. Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong, angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai, rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan, pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan, rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan.

Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhoif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan.

Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia. Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat. Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik, yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai. Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak.

Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, tetapi dia sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku atau kitab-kitab yang ditulisnya.

Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan. Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan dan amalan lahir orang tersebut.

Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas.

Jadi yang perlu kita fahami ialah:

1. Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat.

2. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa dia sudah melakukan dosa, kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa.

3. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga satu dosa.

4. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah. Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ketuanan yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa.

Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan. Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafii (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.

Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita.

Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan, tetapi rasakanlah yang kita ini jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.

Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.

Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.

Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan. Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan. Dan begitulah seterusnya jongkang-jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.

Kepentingan Mengajar Al-Quran Kepada Kanak-kanak


Oleh Ustaz Kamal Mahyuddin Harun,
Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran…” (Surah al-Qamar, ayat: 13) Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya.

Mukjizat
Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar. Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi. Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:

1.Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

2.Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.

3.Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

4.IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.

5.Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.

6.Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.

7.Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri.

Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran. Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya.

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Thursday, February 14, 2008

MTQ SMK AGASEH 2008

ALHAMDULILLAH MTQ PERINGKAT SEKOLAH TELAH SELESAI DI JALANKAN SEMALAM, HANYA SATU ACARA SAHAJA IAITU KUIZ YANG BELUM SELESAI. HARI NI INSYAALLAH SELESAI LAH SEMUANYA..PENYERTAAN KUIZ AGAK MENGGALAKKAN TAPI LAIN2 ACARA AGAK KURANG SAMBUTANNYA...
PELAJAR-PELAJAR NI TAK TAHULAH NAK KENA DI CARI PULAK..
IKLAN DAH DI TAMPAL SANA SINI TAPI TAK TENGOK... CAMNE???